Thursday, September 23, 2021

Parut dan regangan itu




 Suami yang disayangi,

Parut dan regangan pada perut isterimu melambangkan kesakitan yang datang dengan cinta dan kehidupan. 

Ingat betapa indahnya dia ketika dia adalah isterimu yang baru kamu nikahi, dia masih wanita yang sama kamu jatuh cinta!

Perbezaan sekarang ialah, dia telah memberikan zuriat, dia telah memberikan kehidupan, dia telah memberkatimu dengan sebuah keluarga.

Jangan abaikan isterimu, hargai setiap tanda regangan dan parut yang ada. Jangan tinggalkan isterimu kerana hodoh perutnya, di mana di menempatkan zuriatmu berbulan-bulan. 

Parut dan tanda regangan itu mewakili cintanya kepadamu, kesakitan yang dilaluinya selama 9 bulan adalah bukti kasih sayangnya yang tiada batas sempadan untukmu. 

Suami yang dihormat, 

Jangan sakitinya, 

Jangan lukakan hatinya,

Jangan menghinanya.

Hargainya dia dan tunjukkan cinta yang lebih kepada wanita itu, ISTERIMU wahai suamiku πŸ’“

Monday, July 5, 2021

9 months journey

Hello, it's been awhile. Maaf lama tidak menulis. 

Now, i'm on going 1st Trimister. Berbaki 2 minggu lagi, InsyaAllah lepas ni masuk 2nd Trimister pula. Alhamdulillah setakat ini nda banyak alahan cuma letih badan, sakit di sana sini dan kerap ke tandas sahaja πŸ˜‚ kawan saya cakap, layan sahaja semua perasaan dan sakit tu. kalau sakit pelik2 dan teruk seperti bleeding or spotting, sila pergi ke klinik or hospital secepat mungkin. 

So now, ayuhh enjoy segala apa yang terjadi for the 9 months. Rasa amazing bila mana seketul cenonet ni sedang membesar setiap hari. Semoga membesar dengan sihat walafiat kehendaknya :) 

We can't wait to see you πŸŒΈπŸ’“

Wednesday, May 5, 2021

Here's for the memories

Jarang sebenarnya nak berkongsi gambar yang ada muka sendiri..
But..
Here's for the memories...


Akad Nikah

the details , french nails and calla lily flower πŸ’—


Malam Merenjis

Bunga calla lily tu memang blend habis dengan tema malam merenjis 😍


selalu cakap nak kahwin before umur 30 tahun.
alhamdulillah. rezeki dapat nikah on 29 years old. 
the next day, masuk umur 30y/o terus πŸ˜‚
suami masih two series 


Majlis Resepsi



Going three series with him forever, insyaAllah. 


Last!
my mini pelamin 
aaaahhhhh rasa fallin' love sangat dekat kaler bunga soft orange tu 😍




Terima kasih yang tidak terhingga untuk doa yang dititipkan buat saya dan suami atas berlansungnya majlis perkahwinan kami.

Semoga kami dapat melengkapi hidup masing-masing, saling membahagiakan antara satu sama lain, bertimbang rasa dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati perkahwinan ini hingga ke jannah, insyaAllah. 

Salam Ramadhan buat rakan-rakan blogger sekalian. 
semoga doa yang baik juga berbalik pada kalian. 












 

Monday, May 3, 2021

Some Kind of Wonderful Day

Cut the story. Here's the sneak peak semasa majlis 3 hari 2 malam.

Alhamdulillah majis tertutup hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. 
tu pun kena tapis keluarga dan rakan2 yang terdekat πŸ˜‚ 
kalau ada yang bertanya kenapa buat majlis sampai 3 hari 2 malam?
sebab saya hanya menurut perintah.

nda bha!

my dad pernah cakap, 
setiap apa yang mak pernah dapat masa kahwin dulu, anak-anak pun akan dapat juga. 
sama ada majlis secara besar-besaran or kecil-kecilan. terpulang. 
no judges please. 

maksudnya dulu masa my parents kahwin, 
daripada akad nikah, malam merenjis dan bersanding. 
semuanya ada dan lengkap.

so bila sampai my turn,
dapat la buat juga biarpun kecil-kecilan juga,
it's okay.



Majlis Malam Merenjis
2/4/2021

Tema tradisional. 
Dari dulu berangan mau pakai baju songket. 
Plan mau pakai baju songket untuk majlis resepsi tapi nda kena approve πŸ˜‚ 
but then...
alhamdulillah, rezeki dan tercapai juga hajat mau pakai baju songket. 
maroon pulak tu. 

tengok gambar ni pun rasa mau nangis sebab memang suka sangat dengan details baju pada malam ni. baju kurung songket maroon dan selendang bersulam benang emas.  baju biasa sahaja tapi sebab details songket dan selendang sulam tu, buat terasa macam old school style pula.. ahhhhhh 😍



kasut pilihan adik. 
dia berangan sudah mau tengok aku pakai kasut putih yang ada bunga2 di tepi tu. sekali time mencari, nahhhh. 
rupanya aku pun memikirkan benda yang sama juga. cingggg! 
connected ah..


Majlis Resepsi
3/4/2021

Majlis resepsi ni just untuk bersanding dan bergambar dengan keluarga dan rakan terdekat sahaja. 



henna bunga rose.
henna artist tu cakap ni first time dia buat corak bunga. sebab selalu orang pilih corak mandala. 



wedding cake. 
ni pun. super duper in love.
cantikkkkkkk! dan sedappp 😍😍




last but not least,
hand bouquet by my best friend. 
memang ni style warna aku pilih semua kaler soft oren and pink gitu. 



the end  πŸ’—









A day to remember!

ALHAMDULILLAH! 

On 1st April 2021, 
I married the love of my life and it was the happiest day of my life. 
We have known of each other for 6 years, 
and now forever to go, 
inshaAllah. Ameen. 


hand bouquet by husband. last minit beli from SSF


My solemnization attire! lovin' it! 

Ofismate buat birthday surprise. Thank you gais :)


Frame mas kahwin daripada Cik Bunga Coklat


nak nangis tengok baju nikah sendiri cause i love it so much πŸ’–
just like what i've imagined. 


From instagram to real life. 



kini kamu tahu kamu yang selalu ku minta di hadapan tuhan.

Love, Diyanieee 


Wednesday, March 24, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 


Ada orang tag untuk join giveaway. first time ni kena tag setelah sekian lama hehe thank you Cik Nad sudi tag saya untuk join giveaway ni. 

giveway simple. just nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (Penceritaan bebas) 

Perasaan saya?
Alhamdulillah. Sedang menghitung hari dan InsyaAllah selepas ni dapat menyambut bulan Ramadhan, berpuasa, bertarawih dan beraya dengan suami heeeeheeheeee insyaAllah family pun dah makin bertambah time raya nanti. 
cakap pasal baju raya. baju raya memang takda. pakai jak baju time nikah nanti πŸ˜‚

nak tag :
https://www.alienoren.com/
https://iamaslowrunner.blogspot.com/



Tuesday, March 23, 2021

WORDLESS WEDNESDAY : SIMPLE NIKAH ATTIRE

 





p/s : less beading for nikah attire. shoes by my lil sis.

7 days left.




minta maf saya dah jarang nak online blog buat masa ni. insyaAllah selepas selesai majlis, saya kembali berblogging :) 

Wednesday, March 10, 2021

Nostalgia Mangkuk Tingkat

 



This week viral sebab gambar murid bawa bekal mangkuk tingkat ke sekolah. Ramai jugak yang kecam, ramai juga yang memuji. Yang kecam tu mungkin nda pernah bawak bekal mangkuk tingkat ke sekolah or kerja kali ahh πŸ˜† 

Teringat dulu masa sekolah rendah, mak selalu bekalkan mangkuk tingkat tapi bukan untuk dimakan di sekolah. Bekal mangkuk tingkat tu untuk lunch sesudah habis sekolah pagi sebab sebelah petang ada sekolah agama pulak. 

So selalunya kitorang memang kena ambik lambat dari sekolah around 12.45pm or 1pm.  ndatau kenapa πŸ˜‚ mungkin jugak waktu tu ofis mama dengan daddy jauh dari sekolah kami. atau sebab dorang taknak bersesak jammed so amik kitorang lambat laa hehe 

Lepas jak amik kami dari sekolah sesi pagi, terus stay dekat Tanjung Aru Beach 2. Parking kereta, pastu keluarkan bekal mangkuk tingkat, air botol besar. Lunch. 


Selalunya dady yang amik kitorang. So lepas habis jak makan, kitorang jalan2 dekat pantai time panas terik πŸ˜‚ budak kan, mana laa fikir panas terik segala waktu tu. While dady pula, tidur dalam kereta. Rest katanya. 

Then bila jam 1.45 petang macamtu, kitorang bersiap dalam kereta jak πŸ˜‚ tukar skirt biru ke warna hijau untuk sekolah agama. Tudung pun memang dah siap2 iron dari rumah, tinggal tukar sahaja. Baju kurung putih pulak memang nda bawa extra sebab pakai jak yang dari sekolah pagi punya. Time ni kalau sekolah pagi memang tak pakai tudung πŸ˜… start darjah 3 or 4 rasanya baru pakai tudung. 

Baju sekolah kitorang adik beradik memang seorang dapat 2 atau 3 pasang sahaja. Kasut sepasang sahaja. Pakai sampai rosak. Nda pernah demand untuk minta beli lebih. Selalu apa yang parents bagi, kami terima jak. 

Mungkin juga dulu2 financial parents tak seberapa tapi mereka tetapkan sediakan apa yang ada pada kadar kemampuan mereka. Kitorang pun tak minta2 lebih, apa yang ada dan kena bagi, kitorang adik beradik pakai jak. 

Dulu belanja sekolah rendah darjah 1-4 kena bagi 60sen atau 80sen. pastu sekolah petang pun sama. Bila naik darjah 5-6, belanja pun naik pegi RM1 or RM1.20 heheee. Ni pun jarang laa minta lebih πŸ˜‚ Kadang-kadang jak kalau time payday, dapat la lebih sikit dalam RM1.50 gituu hehe 

Naik sekolah menengah pula, belanja pun naik sikit pegi RM2 sorang sampai laa habis SPM. Takdanya mama dady bagi belanja RM5 waktu sekolah menengah. Kitorang dah la adik beradik 4 orang. Dapat RM2 pun dah cukup besar waktu tu.  

Sekarang ni dah besar dan bila ingat balik, make sense dan rasa sebak. Betapa berusahanya mak dan dady sediakan pakaian sekolah, amik dari sekolah, bagi belanja sekolah, pastu mak pula pagi2 masak bekalkan mangkuk tingkat untuk makan tengahari. How time flies. 

Ni lagi nak dekat majlis kahwin, lagi lah rasa sebak and mixed feeling sebab pasni dah pindah keluar rumah pulak. Haritu dady cakap macamni, 

'lepasni kena la biasakan diri. 30 tahun tinggal di rumah tiba-tiba dah ada orang baru dalam rumah'

Hmmmmmmmmpppppppppp....
tiberr lain cerita dah dari mangkuk tingkat pergi hal kahwin πŸ˜‚


p/s : cepat la baju nikah siap. tak sabar nak tengok πŸ˜†
20 days left. 








Sunday, March 7, 2021

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021




Selamat Hari Wanita Sedunia

buat rakan-rakan blogger sekalian.

Sentiasa ingat anda seorang yang hebat, anda cantik dengan cara sendiri dan anda sangat kuat menghadapi pelbagai cabaran yang datang. Jangan takut untuk melakukan perubahan diri. Sentiasa hargai dan percayakan diri I love you all πŸ’—


p/s : rindu pulak mau naik tower. 



Tuesday, March 2, 2021

WORDLESS WEDNESDAY : Nikah Wear Ideas






p/s : done ukur baju last minute. tunggu baju siap sahaja :) 

29 days left. 

 

Wednesday, February 24, 2021

Spontaneous Thursday #1

 Someone said when a women is done with you, she start talking to you  like she work for HR

" I wish you well on your future endeavors and/ or woman that you date" 




lama nda buat Spontaneous Thursday dan Wordless Wednesday. Zaman Blog dulu rajin laa orang buat entry gini πŸ˜‚ sekarang ada lagi ka nda? 

Spontaneous Thursday - adalah ayat

Wordless Wednesday - hanyalah sebuah gambar 




p/s : asal usul Spontaneous Thursday dekat SINI

Tuesday, February 23, 2021

WORDLESS WEDNESDAY : Mail Upin Ipin 2 singgit

 



p/s : haihh cepat budak cenonet ni balik Sabah

Persiapan Perkahwinan : Kek Kahwin

 Dalam banyak-banyak perkara urus persediaan majlis kahwin  yang tertutup untuk keluarga terdekat sahaja, aku lupa satu perkara lagi. Kek kahwin! Since tarikh kahwin tu aku buat pada tarikh hari lahir aku juga, harus lah kan kena ada kek πŸ’“ kah! 

okay! cut to the short, adik aku tetiba pulak sudi sponsor kek kahwin. padahal dia dah sponsor pun catering ais krim  which is milik kawan dia. kawan dia ni sama-sama kerja dulu tapi both kena retrench sewaktu PKP 1.0. Oleh sebab atas dasar untuk support member, dia order lah 150 pcs cone aiskrim untuk majlis nanti. thank youuu. balik2 laa kita berbaris makan ais krim nanti yaaa. 



okay balik cerita kek tadi. design kek time bertunang dulu old school atau classic sikit. adik aku bilang ni style orang lama-lama ni. 
 so kali ni, mungkin juga old school ehh? 



kek time bertunang tahun lepas

Aku pun scroll2 design kek. plan memang nak buat kek 2 tier menandakan satu sempena birthday, satu lagi sempena wedding day. nda membazir juga. dimakan juga kek ni.  jadi scroll punya scroll design dekat pinterest, jumpa laa jugak inspire design yang aku nak. 




fresh flower - red & pink






sebab kaler pastel dan ada tulisan dekat tengah2 tu yang buat aku tertarik dengan cake ni.


That's it! 
2 tier fresh cream cake with red & pink fresh flower.
nda perlu topper. 
just tulis 
A&D sahaja nanti.  


Monday, February 22, 2021

Tips elak sakit perut sebelum minum susu

 


semalam keluar beli barang, nampak la benda ni. terus adik aku cakap,

'tu naa susu kayangan kau yang harga 1 kotak jak mau RM10 πŸ˜‚'

Disebabkan aku ada masalah sakit perut selepas minum susu iaitu lactose intolerance which is  ketidakmampuan seseorang untuk mencerna gula laktosa yang boleh didapati dari produk tenusu dan susu, maka ini sahaja susu yang aku boleh minum. 


Tips elak sakit perut sebelum minum susu ialah pastikan setiap susu kotak tersebut ;  

Free
lactose
diary
gluten
cholesterol
artificial colours / flavours 

kalau sesiapa yang ada masalah sama, boleh la try cari susu kotak yang free lactose/diary seperti Susu Almond ini untuk menggelakkan ketidakselesaan pada perut anda. 

aku dah try susu lain-lain, memang jawabnya berkawan baik dengan tandas terus πŸ˜‚


Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey

 



mesti yang dah follow saya ni, dah join segmen bloglist ni kan πŸ˜€ 
ada sesiapa yang sudi nak jadi bloglist saya tak? hehe 

segmen tutup 5 Mac 2021

p/s : click banner if nak join :)

Saturday, February 20, 2021

Permohonan Nikah Sabah Sewaktu PKPB

Entry ni khas untuk permohonan nikah bagi musim PKPB


Setiap negeri ada borang dan prosedur yang berbeza kan. Kalau di sesetengah negeri di Semenanjung dan juga di Sarawak, boleh memohon secara atas talian tapi di Sabah still kena apply secara manual ya. 

So, first of all kena amik borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah). Time PKP dulu,JHEAINS ada buka kaunter khas untuk segala urusan berkaitan borang di ground floor, Wisma Muis. Now, setakat hari ini, untuk yang ada di KK, boleh la amik borang permohonan di pejabat MUIS, Tingkat 10, Blok A yaaa. Kalau yang pejabat Bandaraya Tingkat 2, Blok B tu sekarang jadi bilik untuk urusan akad nikah sudah ya.  

kalau untuk lain-lain daerah, boleh refer di SINI untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah di negeri Sabah. 

Setiap borang yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 ya. Kalau mau beli extra borang pun boleh. Bayar jak. 

Dalam borang tu nanti ada beberapa butiran yang kena isi

Part A & B - maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan

Part C - maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja

Part D - butir-butir perkahwinan seperti tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan

Part E - pengesahan kebenaran maklumat oleh pemohon

Part F - pengesahan 2 orang saksi lelaki yang beragama islam

Part G - pengesahan status dan permastautin yang diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk

Part H - laporan dan kebenaran membuat saringan HIV

Okay now part H tu iaitu berkenaan ujian saringan HIV. Aku memang plan nak buat hiv test dekat klinik kesihatan kerajaan tapi memandangkan aku malas nak berbaris lama dekat klinik kesihatan kerajaan which is just bayar RM1 jak, so aku pilih buat dekat klinik swasta dan taak payah beratur lama yang mana kos nya RM50 πŸ˜‚ But it's okay laa. Zaman sekarang if you nak cepat, then you have to pay lebih la kan?  Yang kos HIV test di swasta ni ada juga RM30 ya. depends sama klinik. 

But then aku baca, ramai yang cakap kena buat HIV test di klinik kerajaan. If buat di klinik swasta, nanti borang kena reject dan kena buat baru. So, aku call JHEAINS untuk confirmkan perkara ni sebab kalau betul dorang reject, satu hal lagi nak kena isi borang dan minta sign segala kan. JHEAINS cakap, BOLEH kalau buat HIV test di klinik Swasta. No Worry! 

Nervous aku nak buat hiv test. Padahal just ambik darah then tunggu result within 5mins gitu, siapppp! Result ni valid 3 bulan sahaja.  Nanti klinik tu akan sertakan sekali laporan HIV test tu. Macam aku, klinik tu siap bagi kit HIV test lagi πŸ˜‚

lepas cop dekat borang, nanti dia akan bagi report macam ni juga. 
kena attach sekali dengan borang ni.


Oh yaa, jangan lupa juga untuk sertakan Surat Akuan Bujang/Permastautatin ya. Untuk yang bekerja, boleh juga minta dengan bahagian HR syarikat masing-masing untuk keluarkan surat bersama letterhead, kemudian majikan akan sign surat tersebut. Kalau teda, boleh google contoh surat akuan bujang. 
Surat Akuan Bujang yang dikeluarkan bahagian HR bersama letterhead

Last, sebelum hantar borang, make sure double check semua dokumen dulu ya. 

 Salinan IC Pengantin yang telah disahkan JPN
Salinan IC Wali pengantin yang telah disahkan JPN
Salinan IC 2 orang saksi 
Sijil Kursus Kahwin
Sijil nikah ibubapa (jika pengantin perempuan adalah anak sulung perempuan/anak sulung lelaki yang akan menjadi wali)

Lepas tu, boleh la hantar ke pejabat agama daerah masing-masing. Semoga urusan pernikahan kalian dipermudahkan dan berjalan dengan lancar pada musim PKP dan Covid ni ya. 

Thursday, February 18, 2021

Chicken Schnitzel Day

 Today, break intermittent fasting 22 hours dengan order makan daripada Steffana Hendl. Plan nak buat KETO dengan EF 44hours (extanded fasting) tapi nda jadi. Next week la try buat KETO, EF dan OMAD.  kahh! 

Comel okay packaging dia. siap ada sticker lagi. since ada minimum order, so aku order la sekali lasagna extra sebab aku plan nak makan Chicken Schnitzel sahaja. dari 2 minggu lepas teringin nak makan. 


Comel la sticker dia. effort sis!  


apaaa comeel sangat ni siap dapat card lagi :)


my lunch OMAD for today! 
Chicken Schnitzel with Garden Salad. 


Chicken schnitzel coated and breaded in 15 spices and herbs, grounded breadcrumbs. Sidedish - garden salad, Chicken ginger garlic rice and homemade calypso sauce. 

Ayam dia sedaaappp sangat. Kalau tau nasi dia pun sedap, patut aku order extra nasi sebab nda cukup nasi tadi. baru makan ayam separuh, nasi dah habis. sobbsss *next time order extra nasi. 
garden salad dia pun banyak dan sedap bagi penggemar salad. lepas tu tuang homemade sauce yang pedas2 sikit, tok nang mantap lah! boleh repeat order lagi pasni. 
kenyang ok! alhamdulillah. 


p/s : next week start OMAD, KETO dan EF! 




Wednesday, February 17, 2021

SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK

 


Last! Blogwalking. 
Dah lama tak join segmen blogwalking juga. Lepas join ni, boleh la blogwalking dekat mana2 contestant. Boleh tambah kenalan baru. 

Tarikh tutup 
28 Februari 2021


p/s : macam biasa, just click the banner if mau join. 

Giveaway Vektor 2.0 By Cuya

 


Okay! Another giveaway untuk aku join. Lepas ni ada 2 giveaway lagi bakal aku join. Sehari dah 5 giveaway join πŸ˜‚ Maaf la entry berderet pasal giveaway jak. Aku sekarang sedang mencari rakan blogger baru since blog lama dah takda. 

Btw, hadiah untuk giveway kali ni ialah dapat vektor iaitu digitial drawing. hah, manatau ada rezeki, sebab blog aku ni tiada header or profile picture yang boleh aku letak dekat tepi ni. 

p/s : just click the banner if mau join okehhh

thes's Love Giveaway

 


Setelah sekian lamanya, ni first time join giveway bagi tahun 2021. Dah lama okay nda join giveaway. Last, blog lama pun tahun 2014 rasanya. 

So, the giveaway will be end at 28 February 2021. Masih ada masa lagi untuk join. Hadiah dia pun menarik, alphabet resin-made keychain and bookmark 😍 Plus, sesiapa yang join akan diletakkan dalam bloglist dia. 

Nak join? just click banner sahaja okehhh :)

Good luck semua. 





Sedekah

 



Yang dirancang tidak menjadi, aku sedekah.

Aku susah hati, aku sedekah.

Orang fitnah aku, kawan khianat aku, aku sedekah.

Orang benci, orang dengki, orang sindir, aku sedekah.

Aku kesal dengan dosa yang aku buat, aku mengumpat, aku sedekah.

.

.

Sungguh, aku tak pandai, tak banyak ilmu. Aku tak hafaz Quran. Aku juga malas duduk atas sejadah, zikir lama-lama. 

Bagi orang jahil dan malas macam aku, sedekah ialah amalan paling senang.

Yang paling mudah buat aku tenang. 

Sikit atau banyak, nda kisah.

Yang penting aku sedekah. 

Beri tanya harap pujian.

Beri dan lupakan. 

Sebab itu hak Allah. Aku cuma perantara. 

.

.

Semoga rasa sedih ini hilang. Semoga segala yang dirancang, berjalan dengan lancar. InsyaAllah.