Wednesday, March 10, 2021

Nostalgia Mangkuk Tingkat

 



This week viral sebab gambar murid bawa bekal mangkuk tingkat ke sekolah. Ramai jugak yang kecam, ramai juga yang memuji. Yang kecam tu mungkin nda pernah bawak bekal mangkuk tingkat ke sekolah or kerja kali ahh 😆 

Teringat dulu masa sekolah rendah, mak selalu bekalkan mangkuk tingkat tapi bukan untuk dimakan di sekolah. Bekal mangkuk tingkat tu untuk lunch sesudah habis sekolah pagi sebab sebelah petang ada sekolah agama pulak. 

So selalunya kitorang memang kena ambik lambat dari sekolah around 12.45pm or 1pm.  ndatau kenapa 😂 mungkin jugak waktu tu ofis mama dengan daddy jauh dari sekolah kami. atau sebab dorang taknak bersesak jammed so amik kitorang lambat laa hehe 

Lepas jak amik kami dari sekolah sesi pagi, terus stay dekat Tanjung Aru Beach 2. Parking kereta, pastu keluarkan bekal mangkuk tingkat, air botol besar. Lunch. 


Selalunya dady yang amik kitorang. So lepas habis jak makan, kitorang jalan2 dekat pantai time panas terik 😂 budak kan, mana laa fikir panas terik segala waktu tu. While dady pula, tidur dalam kereta. Rest katanya. 

Then bila jam 1.45 petang macamtu, kitorang bersiap dalam kereta jak 😂 tukar skirt biru ke warna hijau untuk sekolah agama. Tudung pun memang dah siap2 iron dari rumah, tinggal tukar sahaja. Baju kurung putih pulak memang nda bawa extra sebab pakai jak yang dari sekolah pagi punya. Time ni kalau sekolah pagi memang tak pakai tudung 😅 start darjah 3 or 4 rasanya baru pakai tudung. 

Baju sekolah kitorang adik beradik memang seorang dapat 2 atau 3 pasang sahaja. Kasut sepasang sahaja. Pakai sampai rosak. Nda pernah demand untuk minta beli lebih. Selalu apa yang parents bagi, kami terima jak. 

Mungkin juga dulu2 financial parents tak seberapa tapi mereka tetapkan sediakan apa yang ada pada kadar kemampuan mereka. Kitorang pun tak minta2 lebih, apa yang ada dan kena bagi, kitorang adik beradik pakai jak. 

Dulu belanja sekolah rendah darjah 1-4 kena bagi 60sen atau 80sen. pastu sekolah petang pun sama. Bila naik darjah 5-6, belanja pun naik pegi RM1 or RM1.20 heheee. Ni pun jarang laa minta lebih 😂 Kadang-kadang jak kalau time payday, dapat la lebih sikit dalam RM1.50 gituu hehe 

Naik sekolah menengah pula, belanja pun naik sikit pegi RM2 sorang sampai laa habis SPM. Takdanya mama dady bagi belanja RM5 waktu sekolah menengah. Kitorang dah la adik beradik 4 orang. Dapat RM2 pun dah cukup besar waktu tu.  

Sekarang ni dah besar dan bila ingat balik, make sense dan rasa sebak. Betapa berusahanya mak dan dady sediakan pakaian sekolah, amik dari sekolah, bagi belanja sekolah, pastu mak pula pagi2 masak bekalkan mangkuk tingkat untuk makan tengahari. How time flies. 

Ni lagi nak dekat majlis kahwin, lagi lah rasa sebak and mixed feeling sebab pasni dah pindah keluar rumah pulak. Haritu dady cakap macamni, 

'lepasni kena la biasakan diri. 30 tahun tinggal di rumah tiba-tiba dah ada orang baru dalam rumah'

Hmmmmmmmmpppppppppp....
tiberr lain cerita dah dari mangkuk tingkat pergi hal kahwin 😂


p/s : cepat la baju nikah siap. tak sabar nak tengok 😆
20 days left. 








16 comments:

  1. untung tau kalau dapat bawa bekal dari rumah..
    zaman akak dl x merasa sbb mak pak keje.. xde masa nak buatkan bekal...
    so slalu dapat duit banjer 50sen or paling byk pun Rm1 je hehehe

    ReplyDelete
  2. Nostalgia, mangkuk tingkat tu. Nanti on your wedding day, lagi rasa sebak, sebab dah tukar jadi syurga bawah tapak kaki suami pula. Selalu-selalulah contact dan jumpa orang tua, waktu dia orang masih ada. :)

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan mak yang masak bekal dan bekalkan dalam mangkuk tingkat tu. tak tahu kenapa orang nak kecam entah. Seronok bawak bekal. dapat makan apa yang kita suka, sedap dan terjamin bersih. Jimat pun jimat :)

    ReplyDelete
  4. lawa gmbr pantai Tg Aru beach nmpk pulau dgn pokok kelapa tu bahh., ;p

    ReplyDelete
  5. Nanti dah kahwin and anak dah masuk sekolah, boleh ajar anak pulak bawak bekal gi sekolah hehehe

    ReplyDelete
  6. dah nak dekat tuuu.. 20 hari je lagiii. haha

    ReplyDelete
  7. Ya terima sahaja apa ibubapa beri.

    ReplyDelete
  8. hmm... kisah piknik dlm kereta sebelum kafa mmg akn jadi 1 kenangan yg manis... kakmim dgn anak² pun mcm tu... piknik dlm keta kt parking skolah je.. kalo kt tanjung aru tu lg la best... wahh.. countdownlah ni yaaa... nnt nk tgk baju kawen!!! kakmim dh follow ya

    ReplyDelete
  9. hahaha mangkuk tgkat bertukar jadi mengimbau memori..alahai sedih je baca ayat ayah tu

    ReplyDelete
  10. tak merasa pulak makan bekal. hari2 parents bagi RM1 then lunch di rumah pastu pergi sekolah agama. Tolong cikgu meniaga petang2 dapat la upah. Sekolah menengah stay hostel so makanan memang ada

    ReplyDelete
  11. Tak faham betul hati orang yang mengecam orang.. Budak2 pun nak kecam.
    Tak pernah tengok agaknya masa zaman die sekolah.. Pelik betul..

    ReplyDelete
  12. so much different kan nanti bila dah kwen

    ReplyDelete
  13. jarang sekali guna..tp kalau terdesak nk bawa bekal yg byk mgkuk tgkat ni lah yg dicari ^_^

    ReplyDelete
  14. tabik kat mak-mak yg rajin sediakan bekal ni ;-)

    ReplyDelete
  15. Sis dulu sek ren belanja 40sen. Naik sek men up rm1.50. Pun masih ada baki. Hehe

    ReplyDelete
  16. Memang nostalgia sungguh mangkuk tingkat ini..

    ReplyDelete