Wednesday, May 5, 2021
Here's for the memories
Monday, May 3, 2021
Some Kind of Wonderful Day
A day to remember!
Tuesday, March 23, 2021
WORDLESS WEDNESDAY : SIMPLE NIKAH ATTIRE
Tuesday, February 23, 2021
Persiapan Perkahwinan : Kek Kahwin
Dalam banyak-banyak perkara urus persediaan majlis kahwin yang tertutup untuk keluarga terdekat sahaja, aku lupa satu perkara lagi. Kek kahwin! Since tarikh kahwin tu aku buat pada tarikh hari lahir aku juga, harus lah kan kena ada kek 💓 kah!
okay! cut to the short, adik aku tetiba pulak sudi sponsor kek kahwin. padahal dia dah sponsor pun catering ais krim which is milik kawan dia. kawan dia ni sama-sama kerja dulu tapi both kena retrench sewaktu PKP 1.0. Oleh sebab atas dasar untuk support member, dia order lah 150 pcs cone aiskrim untuk majlis nanti. thank youuu. balik2 laa kita berbaris makan ais krim nanti yaaa.
Saturday, February 20, 2021
Permohonan Nikah Sabah Sewaktu PKPB
Entry ni khas untuk permohonan nikah bagi musim PKPB
Setiap negeri ada borang dan prosedur yang berbeza kan. Kalau di sesetengah negeri di Semenanjung dan juga di Sarawak, boleh memohon secara atas talian tapi di Sabah still kena apply secara manual ya.
So, first of all kena amik borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah). Time PKP dulu,JHEAINS ada buka kaunter khas untuk segala urusan berkaitan borang di ground floor, Wisma Muis. Now, setakat hari ini, untuk yang ada di KK, boleh la amik borang permohonan di pejabat MUIS, Tingkat 10, Blok A yaaa. Kalau yang pejabat Bandaraya Tingkat 2, Blok B tu sekarang jadi bilik untuk urusan akad nikah sudah ya.
kalau untuk lain-lain daerah, boleh refer di SINI untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah di negeri Sabah.
Setiap borang yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 ya. Kalau mau beli extra borang pun boleh. Bayar jak.
Dalam borang tu nanti ada beberapa butiran yang kena isi
Part A & B - maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan
Part C - maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja
Part D - butir-butir perkahwinan seperti tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan
Part E - pengesahan kebenaran maklumat oleh pemohon
Part F - pengesahan 2 orang saksi lelaki yang beragama islam
Part G - pengesahan status dan permastautin yang diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk
Part H - laporan dan kebenaran membuat saringan HIV
Okay now part H tu iaitu berkenaan ujian saringan HIV. Aku memang plan nak buat hiv test dekat klinik kesihatan kerajaan tapi memandangkan aku malas nak berbaris lama dekat klinik kesihatan kerajaan which is just bayar RM1 jak, so aku pilih buat dekat klinik swasta dan taak payah beratur lama yang mana kos nya RM50 😂 But it's okay laa. Zaman sekarang if you nak cepat, then you have to pay lebih la kan? Yang kos HIV test di swasta ni ada juga RM30 ya. depends sama klinik.
But then aku baca, ramai yang cakap kena buat HIV test di klinik kerajaan. If buat di klinik swasta, nanti borang kena reject dan kena buat baru. So, aku call JHEAINS untuk confirmkan perkara ni sebab kalau betul dorang reject, satu hal lagi nak kena isi borang dan minta sign segala kan. JHEAINS cakap, BOLEH kalau buat HIV test di klinik Swasta. No Worry!
Nervous aku nak buat hiv test. Padahal just ambik darah then tunggu result within 5mins gitu, siapppp! Result ni valid 3 bulan sahaja. Nanti klinik tu akan sertakan sekali laporan HIV test tu. Macam aku, klinik tu siap bagi kit HIV test lagi 😂