Wednesday, May 5, 2021

Here's for the memories

Jarang sebenarnya nak berkongsi gambar yang ada muka sendiri..
But..
Here's for the memories...


Akad Nikah

the details , french nails and calla lily flower 💗


Malam Merenjis

Bunga calla lily tu memang blend habis dengan tema malam merenjis 😍


selalu cakap nak kahwin before umur 30 tahun.
alhamdulillah. rezeki dapat nikah on 29 years old. 
the next day, masuk umur 30y/o terus 😂
suami masih two series 


Majlis Resepsi



Going three series with him forever, insyaAllah. 


Last!
my mini pelamin 
aaaahhhhh rasa fallin' love sangat dekat kaler bunga soft orange tu 😍




Terima kasih yang tidak terhingga untuk doa yang dititipkan buat saya dan suami atas berlansungnya majlis perkahwinan kami.

Semoga kami dapat melengkapi hidup masing-masing, saling membahagiakan antara satu sama lain, bertimbang rasa dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati perkahwinan ini hingga ke jannah, insyaAllah. 

Salam Ramadhan buat rakan-rakan blogger sekalian. 
semoga doa yang baik juga berbalik pada kalian. 












 

Monday, May 3, 2021

Some Kind of Wonderful Day

Cut the story. Here's the sneak peak semasa majlis 3 hari 2 malam.

Alhamdulillah majis tertutup hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. 
tu pun kena tapis keluarga dan rakan2 yang terdekat 😂 
kalau ada yang bertanya kenapa buat majlis sampai 3 hari 2 malam?
sebab saya hanya menurut perintah.

nda bha!

my dad pernah cakap, 
setiap apa yang mak pernah dapat masa kahwin dulu, anak-anak pun akan dapat juga. 
sama ada majlis secara besar-besaran or kecil-kecilan. terpulang. 
no judges please. 

maksudnya dulu masa my parents kahwin, 
daripada akad nikah, malam merenjis dan bersanding. 
semuanya ada dan lengkap.

so bila sampai my turn,
dapat la buat juga biarpun kecil-kecilan juga,
it's okay.



Majlis Malam Merenjis
2/4/2021

Tema tradisional. 
Dari dulu berangan mau pakai baju songket. 
Plan mau pakai baju songket untuk majlis resepsi tapi nda kena approve 😂 
but then...
alhamdulillah, rezeki dan tercapai juga hajat mau pakai baju songket. 
maroon pulak tu. 

tengok gambar ni pun rasa mau nangis sebab memang suka sangat dengan details baju pada malam ni. baju kurung songket maroon dan selendang bersulam benang emas.  baju biasa sahaja tapi sebab details songket dan selendang sulam tu, buat terasa macam old school style pula.. ahhhhhh 😍



kasut pilihan adik. 
dia berangan sudah mau tengok aku pakai kasut putih yang ada bunga2 di tepi tu. sekali time mencari, nahhhh. 
rupanya aku pun memikirkan benda yang sama juga. cingggg! 
connected ah..


Majlis Resepsi
3/4/2021

Majlis resepsi ni just untuk bersanding dan bergambar dengan keluarga dan rakan terdekat sahaja. 



henna bunga rose.
henna artist tu cakap ni first time dia buat corak bunga. sebab selalu orang pilih corak mandala. 



wedding cake. 
ni pun. super duper in love.
cantikkkkkkk! dan sedappp 😍😍




last but not least,
hand bouquet by my best friend. 
memang ni style warna aku pilih semua kaler soft oren and pink gitu. 



the end  💗









A day to remember!

ALHAMDULILLAH! 

On 1st April 2021, 
I married the love of my life and it was the happiest day of my life. 
We have known of each other for 6 years, 
and now forever to go, 
inshaAllah. Ameen. 


hand bouquet by husband. last minit beli from SSF


My solemnization attire! lovin' it! 

Ofismate buat birthday surprise. Thank you gais :)


Frame mas kahwin daripada Cik Bunga Coklat


nak nangis tengok baju nikah sendiri cause i love it so much 💖
just like what i've imagined. 


From instagram to real life. 



kini kamu tahu kamu yang selalu ku minta di hadapan tuhan.

Love, Diyanieee 


Wednesday, March 24, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 


Ada orang tag untuk join giveaway. first time ni kena tag setelah sekian lama hehe thank you Cik Nad sudi tag saya untuk join giveaway ni. 

giveway simple. just nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (Penceritaan bebas) 

Perasaan saya?
Alhamdulillah. Sedang menghitung hari dan InsyaAllah selepas ni dapat menyambut bulan Ramadhan, berpuasa, bertarawih dan beraya dengan suami heeeeheeheeee insyaAllah family pun dah makin bertambah time raya nanti. 
cakap pasal baju raya. baju raya memang takda. pakai jak baju time nikah nanti 😂

nak tag :
https://www.alienoren.com/
https://iamaslowrunner.blogspot.com/