Wednesday, March 24, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 


Ada orang tag untuk join giveaway. first time ni kena tag setelah sekian lama hehe thank you Cik Nad sudi tag saya untuk join giveaway ni. 

giveway simple. just nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (Penceritaan bebas) 

Perasaan saya?
Alhamdulillah. Sedang menghitung hari dan InsyaAllah selepas ni dapat menyambut bulan Ramadhan, berpuasa, bertarawih dan beraya dengan suami heeeeheeheeee insyaAllah family pun dah makin bertambah time raya nanti. 
cakap pasal baju raya. baju raya memang takda. pakai jak baju time nikah nanti 😂

nak tag :
https://www.alienoren.com/
https://iamaslowrunner.blogspot.com/



Tuesday, March 23, 2021

WORDLESS WEDNESDAY : SIMPLE NIKAH ATTIRE

 





p/s : less beading for nikah attire. shoes by my lil sis.

7 days left.




minta maf saya dah jarang nak online blog buat masa ni. insyaAllah selepas selesai majlis, saya kembali berblogging :) 

Wednesday, March 10, 2021

Nostalgia Mangkuk Tingkat

 



This week viral sebab gambar murid bawa bekal mangkuk tingkat ke sekolah. Ramai jugak yang kecam, ramai juga yang memuji. Yang kecam tu mungkin nda pernah bawak bekal mangkuk tingkat ke sekolah or kerja kali ahh 😆 

Teringat dulu masa sekolah rendah, mak selalu bekalkan mangkuk tingkat tapi bukan untuk dimakan di sekolah. Bekal mangkuk tingkat tu untuk lunch sesudah habis sekolah pagi sebab sebelah petang ada sekolah agama pulak. 

So selalunya kitorang memang kena ambik lambat dari sekolah around 12.45pm or 1pm.  ndatau kenapa 😂 mungkin jugak waktu tu ofis mama dengan daddy jauh dari sekolah kami. atau sebab dorang taknak bersesak jammed so amik kitorang lambat laa hehe 

Lepas jak amik kami dari sekolah sesi pagi, terus stay dekat Tanjung Aru Beach 2. Parking kereta, pastu keluarkan bekal mangkuk tingkat, air botol besar. Lunch. 


Selalunya dady yang amik kitorang. So lepas habis jak makan, kitorang jalan2 dekat pantai time panas terik 😂 budak kan, mana laa fikir panas terik segala waktu tu. While dady pula, tidur dalam kereta. Rest katanya. 

Then bila jam 1.45 petang macamtu, kitorang bersiap dalam kereta jak 😂 tukar skirt biru ke warna hijau untuk sekolah agama. Tudung pun memang dah siap2 iron dari rumah, tinggal tukar sahaja. Baju kurung putih pulak memang nda bawa extra sebab pakai jak yang dari sekolah pagi punya. Time ni kalau sekolah pagi memang tak pakai tudung 😅 start darjah 3 or 4 rasanya baru pakai tudung. 

Baju sekolah kitorang adik beradik memang seorang dapat 2 atau 3 pasang sahaja. Kasut sepasang sahaja. Pakai sampai rosak. Nda pernah demand untuk minta beli lebih. Selalu apa yang parents bagi, kami terima jak. 

Mungkin juga dulu2 financial parents tak seberapa tapi mereka tetapkan sediakan apa yang ada pada kadar kemampuan mereka. Kitorang pun tak minta2 lebih, apa yang ada dan kena bagi, kitorang adik beradik pakai jak. 

Dulu belanja sekolah rendah darjah 1-4 kena bagi 60sen atau 80sen. pastu sekolah petang pun sama. Bila naik darjah 5-6, belanja pun naik pegi RM1 or RM1.20 heheee. Ni pun jarang laa minta lebih 😂 Kadang-kadang jak kalau time payday, dapat la lebih sikit dalam RM1.50 gituu hehe 

Naik sekolah menengah pula, belanja pun naik sikit pegi RM2 sorang sampai laa habis SPM. Takdanya mama dady bagi belanja RM5 waktu sekolah menengah. Kitorang dah la adik beradik 4 orang. Dapat RM2 pun dah cukup besar waktu tu.  

Sekarang ni dah besar dan bila ingat balik, make sense dan rasa sebak. Betapa berusahanya mak dan dady sediakan pakaian sekolah, amik dari sekolah, bagi belanja sekolah, pastu mak pula pagi2 masak bekalkan mangkuk tingkat untuk makan tengahari. How time flies. 

Ni lagi nak dekat majlis kahwin, lagi lah rasa sebak and mixed feeling sebab pasni dah pindah keluar rumah pulak. Haritu dady cakap macamni, 

'lepasni kena la biasakan diri. 30 tahun tinggal di rumah tiba-tiba dah ada orang baru dalam rumah'

Hmmmmmmmmpppppppppp....
tiberr lain cerita dah dari mangkuk tingkat pergi hal kahwin 😂


p/s : cepat la baju nikah siap. tak sabar nak tengok 😆
20 days left. 








Sunday, March 7, 2021

Selamat Hari Wanita Sedunia 2021




Selamat Hari Wanita Sedunia

buat rakan-rakan blogger sekalian.

Sentiasa ingat anda seorang yang hebat, anda cantik dengan cara sendiri dan anda sangat kuat menghadapi pelbagai cabaran yang datang. Jangan takut untuk melakukan perubahan diri. Sentiasa hargai dan percayakan diri I love you all 💗


p/s : rindu pulak mau naik tower.