Tuesday, February 16, 2021

Stress sebab PKPB yang tiada penghujung


So, hari ni keluar sudah announcement pasal status PKP. Mulai 19 Feb 2021 ni, Sabah berstatus PKPB. Tiap kali dengar announcement pasal PKP boleh bikin stress sebab aku ni malar memikir pasal status flight dan perancangan untuk nikah. 

Demmyuuuu SOP PKPB yang bikin panas. Nda boleh rentas daerah/negeri okay. 

Mau nda stress mikir cari flight encik tunang untuk balik KK. Menyusahkan wehh nak kena amik flight daripada Kuching ke KL, pastu baru amik flight dari KL ke Sabah. Geez! Harga 2 tiket tu bole bikin beli iron steam philipls atau air fryer okay T_T sedihhhhhh sis! Tapi ya laa kalau nda balik, macam mana mau urus nikah :/

Satu hal lagi, sop Jheains ni. Masih nda benarkan nikah yang lain daerah dan negeri. Heart broken sis baca sop macamtu T_T

Weinaaaa lain macam bha dugaan orang bertunang kali ni. Mana lagi dengan kes covid, terpisah jarak jauh lain negeri, pastu nda boleh rentas negeri lagi, sop jabatan agama islam yang berlainan lagi dan yang paling penting PKP PKPB yang tiada penghujung :/

 Mudah-mudahan bulan Mac nanti sop is getting better. Kesian wehh semua orang yang merasa terjejas. Mana lagi yang plan itu ini tapi terpaksa tunda dan tanggung risiko kos :/


p/s : Heart broken sis :/



Thursday, January 28, 2021

18 Again (2020)



Drama ni adaptasi daripada movie 17 Again. Mula-mula aku fikir drama ni macam boring sebab banyak sangat episod sampai 16 kan. Tapi bila dah tengok 1st episod jak, tanggapan aku berubah. Drama ni serius menarik dan nda membosankan. 

Technically drama ni pasal seorang ayah yang jadi muda semula. Best yang teramat dan meruntun jiwa. Sediakan tisu dekat tepi okay. Sampai sekarang aku nda boleh move on sebab sedih siaaa drama ni. Setiap episod bikin nangis. Kalau versi asal movie ni, santai jak tapi versi korea kali ni, berat sikit tema nya iaitu Tanggungjawab seorang ayah. dan juga ibu nya 

Sinopsis

Macam biasa, ikut versi asal tentang seorang lelaki yang hensem dan famous yang terpaksa melepaskan hasrat dan cita-citanya dalam bidang sukan dan menyambung pelajaran ke universiti gara-gara teman wanitanya yang hamil kembar sepasang. Disebabkan lelaki ni sayang sangat dan nak bertanggungjawab, maka dia dan teman wanitanya berhenti sekolah dan berkahwin. Sedih okay, muda lagi tapi terpaksa berhenti belajar dan cari kerja yang sesuai dengan level pendidikan yang dorang sedia ada. 

ni kalau ada budak2 sekolah zaman sekarang yang asyik fikir nak kahwin jak tapi lupa tanggungajwab sesudah kahwin tu lagi berat.

dalam cerita ni, nampak la flashback macam mana susahnya mereka berdua mencari duit untuk membesarkan anak mereka. Mau cari kerja pun susah sebab tak habis sekolah, pastu kena pecat lagi, buat servis tapi orang nda bayar, di saat orang ramai bersuka ria tetapi lelaki ni berusaha keras buat kerja demi anak dia. wehh! sedihhhh sangat. sampaikan ada part yang dia nda jadi suruh wife dia gugurkan kandungan tu, memang nangis la. yang buat dorang dua menjadi bersemangat ialah setiap kali dorang tengok anak-anak dorang. that feeling ahhh ~

Beberapa tahun kemudian, anak-anak mereka pun dah masuk sekolah menengah. Waktu ni lah rumah tangga mereka mula berantakan, anak pula memberontak dan suka buat hal sendiri, pergi reunion sekolah pun kena hina-hina sebab life dorang suami isteri ni low sangat, siap gaduh time di reunion lagi and dorang pun bercerai.  So lelaki ni pun rasa menyesal sebab kahwin awal dulu. Dia kecewa dan berdoa supaya dia diberi peluang untuk ubah hidupnya. Dia mahu hidupnya masa zaman muda kembali. 

Boom! Doa dia dimakbulkan!

Tiba-tiba dia berubah jadi muda. Lepas tu dia register untuk belajar satu kelas dengan anak perempuannya sendiri. Time ni lah baru dia sedar, banyak benda yang dia nda tau pasal anak kembarnya. Disebabkan dia memang nda rapat dengan anak kembarnya sebelum ni, so dia amik kesempatan kali ni untuk protect anak-anak dia. 

Tapi tu la, sampai bila dia nak jadi macamni. Nak lagi bila wife dia dah dapat kerja idaman sesudah bercerai tapi part wife dia ni pun kesian sebab orang sana tak suka kalau perempuan bercerai ~ norma orang korea kali ahh. Bila wife dia dapat job tapi kena take over, damn that feeling! terasa bha tu sebab status diri dia kan. Dalam masa yang sama juga, ada lelaki lain yang mula minat ex wife dia ni. Yang lelaki ni pun jealous tapi tu la dia dalam keadaan diri yang muda. Macam mana dia nak pujuk balik untuk hidup semula dengan keluarga dia? 

You gaisss should tengok drama ni. Takda watak jahat yang teramat, kalau ada pun geram sipi sipi jak. Drama ni lebih menekankan tema tanggungjawab dan kasih sayang ibu bapa. 

Serius, sediakan tisu ya. 


p/s : btw, hensem okay lelaki yang bawa watak lelaki muda ni. Lee Do Hyun namanya. 




Monday, January 4, 2021

2021


Hello 2021,

Rasanya semua sudah sedia maklum dengan keadaan 2020 yang memang unexpected sebab covid. Semoga 2021 kali ini ada penambahbaikan dan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Serabut kadang dengan sop yang ada sekarang ni. buat sakit hati pun ada jugak. 

Anyway, tahun baru, template baru. blog template kali ni pun dah berubah seiring dengan usia yang dah masuk kepala angka 3. Dari pagi mencari template yang sesuai. Denim templete dah tak laku eh, sekarang ni lebih kepada minimalist dan simple. Kalau boleh lagi simple dan senang baca. Kah!

So, yeahh. Inilah dia template yang paling simple dan minimal teramat. 

kbye. 

Friday, March 20, 2020

THE MAN FROM NOWHERE (2010)


Ada satu filem Korea yang bagi aku sangatlah mantap! Kalau kau tanya aku, filem Korea paling aku gemar, aku dengan yakinnya akan menyebut filem ini! Lakonan Won Bin yang mantap dalam filem ini membuatkannya memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Grand Bell Awards 2010! Oh ya, filem ini juga tersenarai dalam Filem Korea Selatan Wajib Tonton tau! Sebenarnya, filem ini dah lama aku tonton, cuma asyik terlepas je nak ulas. Lantas, silaaaaakan baca.

SINOPSIS

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja di sebuah kedai pajak gadai yang bersebelahan dengan rumah seorang wanita kelab malam. Kehidupan lelaki ini yang suram, pendiam, tidak bermotivasi dan berjiwa dingin sering kali menarik perhatian anak perempuan jirannya itu sehingga mereka berdua berkawan rapat. Ya, budak kecil itulah satu-satunya kawan baiknya di kejiranan itu!
Suatu hari, wanita kelab malam tu menggadaikan sebuah kamera kepadanya. Tanpa dia sedari kamera itu mengandungi sesuatu yang saaaaaaangat berharga sehingga dicari oleh penjenayah.
Keesokannya, budak perempuan dan wanita kelab malam itu hilang! Maka, berbekalkan nilai persahabatan yang ada, dia berusaha mencari mereka. Sayangnya, dia sempat menyelamatkan budak perempuan itu saja sebab wanita kelab malam itu rupa-rupanya.... Kau kena tonton!
Bermula daripada isu kecil, lama-lama berlarutan menjadi besar dan mengheretnya kepada penjenayah yang menakutkan!
Kes tidak berakhir di situ, lelaki ini pula diburu penjenayah secara beramai-ramai. Namun, mereka tidak sedar bahawa lelaki yang nampak seperti lemah dan biasa-biasa itu rupa-rupanya seorang... Kau kena tonton sendiri! Serius terbaik! Sampaikan detektif pun gigih selidik tentang dia ni!
😱Siapakah sebenarnya lelaki kedai pajak gadai itu?
😱Apakah yang terjadi dengan wanita kelab malam?
😱Apakah rahsia terbesar yang berjaya dikorek oleh lelaki itu?
Dan..
😱Siapakah dalang di sebalik semua ini?
Bagi mereka yang meminati filem thriller, aksi dan persahabatan, serius wajib tonton! Pengakhirannya sangatlah mantap dan tolong sediakan tisu! 😭
Personal rating : 9.6 / 10

INGAT: FILEM INI UNTUK TONTONAN DEWASA SAHAJA!