Ada satu filem Korea yang bagi aku sangatlah mantap! Kalau kau tanya aku, filem Korea paling aku gemar, aku dengan yakinnya akan menyebut filem ini! Lakonan Won Bin yang mantap dalam filem ini membuatkannya memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Grand Bell Awards 2010! Oh ya, filem ini juga tersenarai dalam Filem Korea Selatan Wajib Tonton tau! Sebenarnya, filem ini dah lama aku tonton, cuma asyik terlepas je nak ulas. Lantas, silaaaaakan baca.
SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja di sebuah kedai pajak gadai yang bersebelahan dengan rumah seorang wanita kelab malam. Kehidupan lelaki ini yang suram, pendiam, tidak bermotivasi dan berjiwa dingin sering kali menarik perhatian anak perempuan jirannya itu sehingga mereka berdua berkawan rapat. Ya, budak kecil itulah satu-satunya kawan baiknya di kejiranan itu!
Suatu hari, wanita kelab malam tu menggadaikan sebuah kamera kepadanya. Tanpa dia sedari kamera itu mengandungi sesuatu yang saaaaaaangat berharga sehingga dicari oleh penjenayah.
Keesokannya, budak perempuan dan wanita kelab malam itu hilang! Maka, berbekalkan nilai persahabatan yang ada, dia berusaha mencari mereka. Sayangnya, dia sempat menyelamatkan budak perempuan itu saja sebab wanita kelab malam itu rupa-rupanya.... Kau kena tonton!
Bermula daripada isu kecil, lama-lama berlarutan menjadi besar dan mengheretnya kepada penjenayah yang menakutkan!
Kes tidak berakhir di situ, lelaki ini pula diburu penjenayah secara beramai-ramai. Namun, mereka tidak sedar bahawa lelaki yang nampak seperti lemah dan biasa-biasa itu rupa-rupanya seorang... Kau kena tonton sendiri! Serius terbaik! Sampaikan detektif pun gigih selidik tentang dia ni!
Siapakah sebenarnya lelaki kedai pajak gadai itu?
Apakah yang terjadi dengan wanita kelab malam?
Apakah rahsia terbesar yang berjaya dikorek oleh lelaki itu?
Dan..
Siapakah dalang di sebalik semua ini?
Bagi mereka yang meminati filem thriller, aksi dan persahabatan, serius wajib tonton! Pengakhirannya sangatlah mantap dan tolong sediakan tisu!
Personal rating : 9.6 / 10
INGAT: FILEM INI UNTUK TONTONAN DEWASA SAHAJA!
Filem yang sangat ohsem.. 2,3 kali juga tengok..
ReplyDeleteini pun movie yg popular tapi belum sempat nak tengok haih
ReplyDelete