Drama ni adaptasi daripada movie 17 Again. Mula-mula aku fikir drama ni macam boring sebab banyak sangat episod sampai 16 kan. Tapi bila dah tengok 1st episod jak, tanggapan aku berubah. Drama ni serius menarik dan nda membosankan.
Technically drama ni pasal seorang ayah yang jadi muda semula. Best yang teramat dan meruntun jiwa. Sediakan tisu dekat tepi okay. Sampai sekarang aku nda boleh move on sebab sedih siaaa drama ni. Setiap episod bikin nangis. Kalau versi asal movie ni, santai jak tapi versi korea kali ni, berat sikit tema nya iaitu Tanggungjawab seorang ayah. dan juga ibu nya
Sinopsis
Macam biasa, ikut versi asal tentang seorang lelaki yang hensem dan famous yang terpaksa melepaskan hasrat dan cita-citanya dalam bidang sukan dan menyambung pelajaran ke universiti gara-gara teman wanitanya yang hamil kembar sepasang. Disebabkan lelaki ni sayang sangat dan nak bertanggungjawab, maka dia dan teman wanitanya berhenti sekolah dan berkahwin. Sedih okay, muda lagi tapi terpaksa berhenti belajar dan cari kerja yang sesuai dengan level pendidikan yang dorang sedia ada.
ni kalau ada budak2 sekolah zaman sekarang yang asyik fikir nak kahwin jak tapi lupa tanggungajwab sesudah kahwin tu lagi berat.
dalam cerita ni, nampak la flashback macam mana susahnya mereka berdua mencari duit untuk membesarkan anak mereka. Mau cari kerja pun susah sebab tak habis sekolah, pastu kena pecat lagi, buat servis tapi orang nda bayar, di saat orang ramai bersuka ria tetapi lelaki ni berusaha keras buat kerja demi anak dia. wehh! sedihhhh sangat. sampaikan ada part yang dia nda jadi suruh wife dia gugurkan kandungan tu, memang nangis la. yang buat dorang dua menjadi bersemangat ialah setiap kali dorang tengok anak-anak dorang. that feeling ahhh ~
Beberapa tahun kemudian, anak-anak mereka pun dah masuk sekolah menengah. Waktu ni lah rumah tangga mereka mula berantakan, anak pula memberontak dan suka buat hal sendiri, pergi reunion sekolah pun kena hina-hina sebab life dorang suami isteri ni low sangat, siap gaduh time di reunion lagi and dorang pun bercerai. So lelaki ni pun rasa menyesal sebab kahwin awal dulu. Dia kecewa dan berdoa supaya dia diberi peluang untuk ubah hidupnya. Dia mahu hidupnya masa zaman muda kembali.
Boom! Doa dia dimakbulkan!
Tiba-tiba dia berubah jadi muda. Lepas tu dia register untuk belajar satu kelas dengan anak perempuannya sendiri. Time ni lah baru dia sedar, banyak benda yang dia nda tau pasal anak kembarnya. Disebabkan dia memang nda rapat dengan anak kembarnya sebelum ni, so dia amik kesempatan kali ni untuk protect anak-anak dia.
Tapi tu la, sampai bila dia nak jadi macamni. Nak lagi bila wife dia dah dapat kerja idaman sesudah bercerai tapi part wife dia ni pun kesian sebab orang sana tak suka kalau perempuan bercerai ~ norma orang korea kali ahh. Bila wife dia dapat job tapi kena take over, damn that feeling! terasa bha tu sebab status diri dia kan. Dalam masa yang sama juga, ada lelaki lain yang mula minat ex wife dia ni. Yang lelaki ni pun jealous tapi tu la dia dalam keadaan diri yang muda. Macam mana dia nak pujuk balik untuk hidup semula dengan keluarga dia?
You gaisss should tengok drama ni. Takda watak jahat yang teramat, kalau ada pun geram sipi sipi jak. Drama ni lebih menekankan tema tanggungjawab dan kasih sayang ibu bapa.
Serius, sediakan tisu ya.
p/s : btw, hensem okay lelaki yang bawa watak lelaki muda ni. Lee Do Hyun namanya.
Nak tengoklah.. Best pula baca review ini..
ReplyDeletetengok laaa. besttt sangat! nanti sedia tisu
DeleteWaaa best jugak ni. Mo tengok la begini.
ReplyDeletebest! serius best hehe
Delete