Monday, February 22, 2021

Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey

 



mesti yang dah follow saya ni, dah join segmen bloglist ni kan 😀 
ada sesiapa yang sudi nak jadi bloglist saya tak? hehe 

segmen tutup 5 Mac 2021

p/s : click banner if nak join :)

Saturday, February 20, 2021

Permohonan Nikah Sabah Sewaktu PKPB

Entry ni khas untuk permohonan nikah bagi musim PKPB


Setiap negeri ada borang dan prosedur yang berbeza kan. Kalau di sesetengah negeri di Semenanjung dan juga di Sarawak, boleh memohon secara atas talian tapi di Sabah still kena apply secara manual ya. 

So, first of all kena amik borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah). Time PKP dulu,JHEAINS ada buka kaunter khas untuk segala urusan berkaitan borang di ground floor, Wisma Muis. Now, setakat hari ini, untuk yang ada di KK, boleh la amik borang permohonan di pejabat MUIS, Tingkat 10, Blok A yaaa. Kalau yang pejabat Bandaraya Tingkat 2, Blok B tu sekarang jadi bilik untuk urusan akad nikah sudah ya.  

kalau untuk lain-lain daerah, boleh refer di SINI untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah di negeri Sabah. 

Setiap borang yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 ya. Kalau mau beli extra borang pun boleh. Bayar jak. 

Dalam borang tu nanti ada beberapa butiran yang kena isi

Part A & B - maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan

Part C - maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja

Part D - butir-butir perkahwinan seperti tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan

Part E - pengesahan kebenaran maklumat oleh pemohon

Part F - pengesahan 2 orang saksi lelaki yang beragama islam

Part G - pengesahan status dan permastautin yang diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk

Part H - laporan dan kebenaran membuat saringan HIV

Okay now part H tu iaitu berkenaan ujian saringan HIV. Aku memang plan nak buat hiv test dekat klinik kesihatan kerajaan tapi memandangkan aku malas nak berbaris lama dekat klinik kesihatan kerajaan which is just bayar RM1 jak, so aku pilih buat dekat klinik swasta dan taak payah beratur lama yang mana kos nya RM50 😂 But it's okay laa. Zaman sekarang if you nak cepat, then you have to pay lebih la kan?  Yang kos HIV test di swasta ni ada juga RM30 ya. depends sama klinik. 

But then aku baca, ramai yang cakap kena buat HIV test di klinik kerajaan. If buat di klinik swasta, nanti borang kena reject dan kena buat baru. So, aku call JHEAINS untuk confirmkan perkara ni sebab kalau betul dorang reject, satu hal lagi nak kena isi borang dan minta sign segala kan. JHEAINS cakap, BOLEH kalau buat HIV test di klinik Swasta. No Worry! 

Nervous aku nak buat hiv test. Padahal just ambik darah then tunggu result within 5mins gitu, siapppp! Result ni valid 3 bulan sahaja.  Nanti klinik tu akan sertakan sekali laporan HIV test tu. Macam aku, klinik tu siap bagi kit HIV test lagi 😂

lepas cop dekat borang, nanti dia akan bagi report macam ni juga. 
kena attach sekali dengan borang ni.


Oh yaa, jangan lupa juga untuk sertakan Surat Akuan Bujang/Permastautatin ya. Untuk yang bekerja, boleh juga minta dengan bahagian HR syarikat masing-masing untuk keluarkan surat bersama letterhead, kemudian majikan akan sign surat tersebut. Kalau teda, boleh google contoh surat akuan bujang. 
Surat Akuan Bujang yang dikeluarkan bahagian HR bersama letterhead

Last, sebelum hantar borang, make sure double check semua dokumen dulu ya. 

 Salinan IC Pengantin yang telah disahkan JPN
Salinan IC Wali pengantin yang telah disahkan JPN
Salinan IC 2 orang saksi 
Sijil Kursus Kahwin
Sijil nikah ibubapa (jika pengantin perempuan adalah anak sulung perempuan/anak sulung lelaki yang akan menjadi wali)

Lepas tu, boleh la hantar ke pejabat agama daerah masing-masing. Semoga urusan pernikahan kalian dipermudahkan dan berjalan dengan lancar pada musim PKP dan Covid ni ya. 

Thursday, February 18, 2021

Chicken Schnitzel Day

 Today, break intermittent fasting 22 hours dengan order makan daripada Steffana Hendl. Plan nak buat KETO dengan EF 44hours (extanded fasting) tapi nda jadi. Next week la try buat KETO, EF dan OMAD.  kahh! 

Comel okay packaging dia. siap ada sticker lagi. since ada minimum order, so aku order la sekali lasagna extra sebab aku plan nak makan Chicken Schnitzel sahaja. dari 2 minggu lepas teringin nak makan. 


Comel la sticker dia. effort sis!  


apaaa comeel sangat ni siap dapat card lagi :)


my lunch OMAD for today! 
Chicken Schnitzel with Garden Salad. 


Chicken schnitzel coated and breaded in 15 spices and herbs, grounded breadcrumbs. Sidedish - garden salad, Chicken ginger garlic rice and homemade calypso sauce. 

Ayam dia sedaaappp sangat. Kalau tau nasi dia pun sedap, patut aku order extra nasi sebab nda cukup nasi tadi. baru makan ayam separuh, nasi dah habis. sobbsss *next time order extra nasi. 
garden salad dia pun banyak dan sedap bagi penggemar salad. lepas tu tuang homemade sauce yang pedas2 sikit, tok nang mantap lah! boleh repeat order lagi pasni. 
kenyang ok! alhamdulillah. 


p/s : next week start OMAD, KETO dan EF! 




Wednesday, February 17, 2021

SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK

 


Last! Blogwalking. 
Dah lama tak join segmen blogwalking juga. Lepas join ni, boleh la blogwalking dekat mana2 contestant. Boleh tambah kenalan baru. 

Tarikh tutup 
28 Februari 2021


p/s : macam biasa, just click the banner if mau join.