Wednesday, February 17, 2021

Giveaway Vektor 2.0 By Cuya

 


Okay! Another giveaway untuk aku join. Lepas ni ada 2 giveaway lagi bakal aku join. Sehari dah 5 giveaway join 😂 Maaf la entry berderet pasal giveaway jak. Aku sekarang sedang mencari rakan blogger baru since blog lama dah takda. 

Btw, hadiah untuk giveway kali ni ialah dapat vektor iaitu digitial drawing. hah, manatau ada rezeki, sebab blog aku ni tiada header or profile picture yang boleh aku letak dekat tepi ni. 

p/s : just click the banner if mau join okehhh

thes's Love Giveaway

 


Setelah sekian lamanya, ni first time join giveway bagi tahun 2021. Dah lama okay nda join giveaway. Last, blog lama pun tahun 2014 rasanya. 

So, the giveaway will be end at 28 February 2021. Masih ada masa lagi untuk join. Hadiah dia pun menarik, alphabet resin-made keychain and bookmark 😍 Plus, sesiapa yang join akan diletakkan dalam bloglist dia. 

Nak join? just click banner sahaja okehhh :)

Good luck semua. 





Sedekah

 



Yang dirancang tidak menjadi, aku sedekah.

Aku susah hati, aku sedekah.

Orang fitnah aku, kawan khianat aku, aku sedekah.

Orang benci, orang dengki, orang sindir, aku sedekah.

Aku kesal dengan dosa yang aku buat, aku mengumpat, aku sedekah.

.

.

Sungguh, aku tak pandai, tak banyak ilmu. Aku tak hafaz Quran. Aku juga malas duduk atas sejadah, zikir lama-lama. 

Bagi orang jahil dan malas macam aku, sedekah ialah amalan paling senang.

Yang paling mudah buat aku tenang. 

Sikit atau banyak, nda kisah.

Yang penting aku sedekah. 

Beri tanya harap pujian.

Beri dan lupakan. 

Sebab itu hak Allah. Aku cuma perantara. 

.

.

Semoga rasa sedih ini hilang. Semoga segala yang dirancang, berjalan dengan lancar. InsyaAllah. 




Tuesday, February 16, 2021

Stress sebab PKPB yang tiada penghujung


So, hari ni keluar sudah announcement pasal status PKP. Mulai 19 Feb 2021 ni, Sabah berstatus PKPB. Tiap kali dengar announcement pasal PKP boleh bikin stress sebab aku ni malar memikir pasal status flight dan perancangan untuk nikah. 

Demmyuuuu SOP PKPB yang bikin panas. Nda boleh rentas daerah/negeri okay. 

Mau nda stress mikir cari flight encik tunang untuk balik KK. Menyusahkan wehh nak kena amik flight daripada Kuching ke KL, pastu baru amik flight dari KL ke Sabah. Geez! Harga 2 tiket tu bole bikin beli iron steam philipls atau air fryer okay T_T sedihhhhhh sis! Tapi ya laa kalau nda balik, macam mana mau urus nikah :/

Satu hal lagi, sop Jheains ni. Masih nda benarkan nikah yang lain daerah dan negeri. Heart broken sis baca sop macamtu T_T

Weinaaaa lain macam bha dugaan orang bertunang kali ni. Mana lagi dengan kes covid, terpisah jarak jauh lain negeri, pastu nda boleh rentas negeri lagi, sop jabatan agama islam yang berlainan lagi dan yang paling penting PKP PKPB yang tiada penghujung :/

 Mudah-mudahan bulan Mac nanti sop is getting better. Kesian wehh semua orang yang merasa terjejas. Mana lagi yang plan itu ini tapi terpaksa tunda dan tanggung risiko kos :/


p/s : Heart broken sis :/