Saturday, February 20, 2021

Permohonan Nikah Sabah Sewaktu PKPB

Entry ni khas untuk permohonan nikah bagi musim PKPB


Setiap negeri ada borang dan prosedur yang berbeza kan. Kalau di sesetengah negeri di Semenanjung dan juga di Sarawak, boleh memohon secara atas talian tapi di Sabah still kena apply secara manual ya. 

So, first of all kena amik borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah). Time PKP dulu,JHEAINS ada buka kaunter khas untuk segala urusan berkaitan borang di ground floor, Wisma Muis. Now, setakat hari ini, untuk yang ada di KK, boleh la amik borang permohonan di pejabat MUIS, Tingkat 10, Blok A yaaa. Kalau yang pejabat Bandaraya Tingkat 2, Blok B tu sekarang jadi bilik untuk urusan akad nikah sudah ya.  

kalau untuk lain-lain daerah, boleh refer di SINI untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah di negeri Sabah. 

Setiap borang yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 ya. Kalau mau beli extra borang pun boleh. Bayar jak. 

Dalam borang tu nanti ada beberapa butiran yang kena isi

Part A & B - maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan

Part C - maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja

Part D - butir-butir perkahwinan seperti tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan

Part E - pengesahan kebenaran maklumat oleh pemohon

Part F - pengesahan 2 orang saksi lelaki yang beragama islam

Part G - pengesahan status dan permastautin yang diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk

Part H - laporan dan kebenaran membuat saringan HIV

Okay now part H tu iaitu berkenaan ujian saringan HIV. Aku memang plan nak buat hiv test dekat klinik kesihatan kerajaan tapi memandangkan aku malas nak berbaris lama dekat klinik kesihatan kerajaan which is just bayar RM1 jak, so aku pilih buat dekat klinik swasta dan taak payah beratur lama yang mana kos nya RM50 😂 But it's okay laa. Zaman sekarang if you nak cepat, then you have to pay lebih la kan?  Yang kos HIV test di swasta ni ada juga RM30 ya. depends sama klinik. 

But then aku baca, ramai yang cakap kena buat HIV test di klinik kerajaan. If buat di klinik swasta, nanti borang kena reject dan kena buat baru. So, aku call JHEAINS untuk confirmkan perkara ni sebab kalau betul dorang reject, satu hal lagi nak kena isi borang dan minta sign segala kan. JHEAINS cakap, BOLEH kalau buat HIV test di klinik Swasta. No Worry! 

Nervous aku nak buat hiv test. Padahal just ambik darah then tunggu result within 5mins gitu, siapppp! Result ni valid 3 bulan sahaja.  Nanti klinik tu akan sertakan sekali laporan HIV test tu. Macam aku, klinik tu siap bagi kit HIV test lagi 😂

lepas cop dekat borang, nanti dia akan bagi report macam ni juga. 
kena attach sekali dengan borang ni.


Oh yaa, jangan lupa juga untuk sertakan Surat Akuan Bujang/Permastautatin ya. Untuk yang bekerja, boleh juga minta dengan bahagian HR syarikat masing-masing untuk keluarkan surat bersama letterhead, kemudian majikan akan sign surat tersebut. Kalau teda, boleh google contoh surat akuan bujang. 
Surat Akuan Bujang yang dikeluarkan bahagian HR bersama letterhead

Last, sebelum hantar borang, make sure double check semua dokumen dulu ya. 

 Salinan IC Pengantin yang telah disahkan JPN
Salinan IC Wali pengantin yang telah disahkan JPN
Salinan IC 2 orang saksi 
Sijil Kursus Kahwin
Sijil nikah ibubapa (jika pengantin perempuan adalah anak sulung perempuan/anak sulung lelaki yang akan menjadi wali)

Lepas tu, boleh la hantar ke pejabat agama daerah masing-masing. Semoga urusan pernikahan kalian dipermudahkan dan berjalan dengan lancar pada musim PKP dan Covid ni ya. 

41 comments:

  1. congratulations in advance on your wedding :)

    ReplyDelete
  2. wahh sonoknye nk kawin tu bahh., semoga dipermudahkan., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe susa nak describe perasaan nak kawin tu hehe aminnn.. mudah2an semuannya dipermudahkan lepas ni.. tqq :)

      Delete
  3. Betul tu.. Nak cepat memang kena keluar duit lebih sikit..
    Kalau dulu rasanya wajib buat di klinik kerajaan.. Baguslah sekarang dia dah bolehkan swasta punya result juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dulu nak elakkan orang main bayar result kat swasta.. tu la tak bole buat kat klinik swasta..

      Delete
    2. Mungkin jugalah.. Semoga dipermudahkan semua urusan ye..

      Delete
  4. Maklumat yang Diyaniee share ni, sangat berguna pada orang yang nak nikah zaman skrang. Akak dulu nikah, tak perlu buat ujian HIV pun. Nampak benor dah tua. Hehe. Semoga segala urusan Diyaniee dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an membantu la entry ni hehe sekarang da kena buat hiv test and ada sesi kaunseling juga.. tqq utk doanya kak Nur :)

      Delete
  5. apa pun semoga semua di permudahkan

    ReplyDelete
  6. wahhh! mogaaa dipermudahkan awak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnnnn.. thank youu cik nadya :)

      Delete
    2. bilaaa majlis ni? da bdebar2 ke tuu?hehe

      Delete
    3. insyaAllah awal bulan 4 ni hehe sebulan laaagi tu heeeehee lebih kepada berdebar nak tunggu orang tu lepas ke tak nak masuk sabah hehe

      Delete
    4. laaa yekaaaa? orang maneee tu? moga dipermudahkn ye ^^

      Delete
  7. Lain tempat lain cara. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin.. Tahniah ..

    ReplyDelete
  8. Sis mau tanya baa..sekarang ni masi sama ka mcam tu..sya bingung ba mcm mna berurusan skrng ni😭

    ReplyDelete
  9. Hi nak tnya hntr ke pejabat daerah utk apa ya ? bnyak benda nda tau ni 😅😅

    ReplyDelete
  10. Assalam, mau tanya ba. Surat keizinan kahwin tu yg mana satu ya ? Pening sis google tapi nda jumpa contoh nya 😂 harap boleh bagi jwapan

    ReplyDelete
  11. Assalam, mau tanya ba. Surat keizinan kahwin tu yg mana satu ya ? Pening sis google tapi nda jumpa contoh nya 😂 harap boleh bagi jwapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. surat akuan bujang untuk izin kahwin kaa maksud kita?

      kalau dalam borang yang minta surat2 ni, cuma part Pengesahan Bujang jak la. dalam borang tu, ada part akuan bujang. boleh minta penghulu yg sign kan. atau minta majikan sign surat akuan bujang kamu.. ada contoh surat akuan bujang tu. tu sahaja yang saya faham la

      Delete
  12. hai nak tanye , Kalau Nak buat hiv test , borng kene isi dlu ke atau macam mana ?? or isi maklumat dpan dlu bru g hiv test???

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi maklumat depan sahaja. pastu pegi buat hiv test.

      Delete
  13. hai, mau tnya bha..klau sma2 krja d kl tpi dia org tawau sya org sandakan..ambil borang skali d sandakan dan submit d sandakan jga bole kaitu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang lelaki kena pakai borang drpd jabatan agama sabah pastu submit borang ikut kawasan di mana pengantin perempuan mau kawin.. contoh tu perempuan asal tawau tapi tinggal di kk dan mau kawin di kk, submit di jabatan agama kk

      Delete
  14. Assalamualaikum sis saya nak tanya ckntoh pihak lelaki isi borang di sabah dan perempuan di semenanjung so bahagian F tu pihak lelaki perlu isi juga ke?

    ReplyDelete
  15. Salam. Bole ka pengantin perempuan n lelaki pkai saksi yg sama? Adakah saksi kami tu perlu hadir semasa akad?

    ReplyDelete
  16. Salam. Bole ka pengantin perempuan n lelaki pkai saksi yg sama? Adakah saksi kami tu perlu hadir semasa akad?

    ReplyDelete
  17. Salam. Bole ka pengantin perempuan n lelaki pkai saksi yg sama? Adakah saksi kami tu perlu hadir semasa akad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jak. dan saksi pengantin perempuan kena hadir semasa waktu nikah.

      Delete
  18. Hai sis. Saya mahu tnya time mahu mnta cop jpn tu mesti bawa ic original wali dan saksi ka juga pergi jpn sna atau sendiri pergi dan bawa fotocopy ic drg seja ke sna untuk mnta cop..
    Harap di balas 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, ic wali dan saksi tak perlu. cukup sekadar salinan ic jak. cuma salinan ic pengantin jak perlu cop jpn dan kena dtg sendiri ke jpn.

      Delete
  19. Hi , nk tnya, date nikah tu pejabat agama ka tentukan? And then, kena buat appointment ka time submit borang di pjbt agama daerah di sabah?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbt, Hi sis, mau tanya, apa soalan2 yang diajukan oleh JHEAINS semasa sesi temuduga wali? saya menghantar borang permohonan nikah, tapi JHEAINS meminta agar menjalani temuduga wali terlebih dahulu dan proses borang akan diteliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikk pelik. takda pun sesi temuduga wali. mungkin prosedur sekarang kot huhu masa saya submit aritu, takda pun temuduga wali huhu

      Delete
  21. Hai dear mau tnya pengesahan ic tu pemohon seja ka atau wali dan saksi pun perlu pengesahan? Ramai suda saya tnya ada ckp pemohon seja ada ckp semua termasuk wali dan saksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, pengesahan ic hanya pemohon lelaki dan perempuan sahaja. wali dan saksi tidak perlu. tapi pastikan wali dan saksi hadir semasa sesi akad nikah.

      Delete
  22. salam diyanie.first of all id like to congratulate you on your wedding.came across your blog.mmg nda payah la bah kn ic saksi kena sah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. thank you and sorry lambat reply. yes. ic saksi nda payah kena sah. ic pemohon sahaja. tapi pastikan saksi perempuan tu orang yg sama kena hadir waktu majlis.

      Delete