Dalam banyak-banyak perkara urus persediaan majlis kahwin yang tertutup untuk keluarga terdekat sahaja, aku lupa satu perkara lagi. Kek kahwin! Since tarikh kahwin tu aku buat pada tarikh hari lahir aku juga, harus lah kan kena ada kek 💓 kah!
okay! cut to the short, adik aku tetiba pulak sudi sponsor kek kahwin. padahal dia dah sponsor pun catering ais krim which is milik kawan dia. kawan dia ni sama-sama kerja dulu tapi both kena retrench sewaktu PKP 1.0. Oleh sebab atas dasar untuk support member, dia order lah 150 pcs cone aiskrim untuk majlis nanti. thank youuu. balik2 laa kita berbaris makan ais krim nanti yaaa.
okay balik cerita kek tadi. design kek time bertunang dulu old school atau classic sikit. adik aku bilang ni style orang lama-lama ni.
so kali ni, mungkin juga old school ehh?
kek time bertunang tahun lepas
Aku pun scroll2 design kek. plan memang nak buat kek 2 tier menandakan satu sempena birthday, satu lagi sempena wedding day. nda membazir juga. dimakan juga kek ni. jadi scroll punya scroll design dekat pinterest, jumpa laa jugak inspire design yang aku nak.
fresh flower - red & pink
sebab kaler pastel dan ada tulisan dekat tengah2 tu yang buat aku tertarik dengan cake ni.
That's it!
2 tier fresh cream cake with red & pink fresh flower.
nda perlu topper.
just tulis
A&D sahaja nanti.