Wednesday, February 24, 2021

Spontaneous Thursday #1

 Someone said when a women is done with you, she start talking to you  like she work for HR

" I wish you well on your future endeavors and/ or woman that you date" 




lama nda buat Spontaneous Thursday dan Wordless Wednesday. Zaman Blog dulu rajin laa orang buat entry gini 😂 sekarang ada lagi ka nda? 

Spontaneous Thursday - adalah ayat

Wordless Wednesday - hanyalah sebuah gambar 




p/s : asal usul Spontaneous Thursday dekat SINI

Tuesday, February 23, 2021

WORDLESS WEDNESDAY : Mail Upin Ipin 2 singgit

 



p/s : haihh cepat budak cenonet ni balik Sabah

Persiapan Perkahwinan : Kek Kahwin

 Dalam banyak-banyak perkara urus persediaan majlis kahwin  yang tertutup untuk keluarga terdekat sahaja, aku lupa satu perkara lagi. Kek kahwin! Since tarikh kahwin tu aku buat pada tarikh hari lahir aku juga, harus lah kan kena ada kek 💓 kah! 

okay! cut to the short, adik aku tetiba pulak sudi sponsor kek kahwin. padahal dia dah sponsor pun catering ais krim  which is milik kawan dia. kawan dia ni sama-sama kerja dulu tapi both kena retrench sewaktu PKP 1.0. Oleh sebab atas dasar untuk support member, dia order lah 150 pcs cone aiskrim untuk majlis nanti. thank youuu. balik2 laa kita berbaris makan ais krim nanti yaaa. 



okay balik cerita kek tadi. design kek time bertunang dulu old school atau classic sikit. adik aku bilang ni style orang lama-lama ni. 
 so kali ni, mungkin juga old school ehh? 



kek time bertunang tahun lepas

Aku pun scroll2 design kek. plan memang nak buat kek 2 tier menandakan satu sempena birthday, satu lagi sempena wedding day. nda membazir juga. dimakan juga kek ni.  jadi scroll punya scroll design dekat pinterest, jumpa laa jugak inspire design yang aku nak. 




fresh flower - red & pink






sebab kaler pastel dan ada tulisan dekat tengah2 tu yang buat aku tertarik dengan cake ni.


That's it! 
2 tier fresh cream cake with red & pink fresh flower.
nda perlu topper. 
just tulis 
A&D sahaja nanti.  


Monday, February 22, 2021

Tips elak sakit perut sebelum minum susu

 


semalam keluar beli barang, nampak la benda ni. terus adik aku cakap,

'tu naa susu kayangan kau yang harga 1 kotak jak mau RM10 😂'

Disebabkan aku ada masalah sakit perut selepas minum susu iaitu lactose intolerance which is  ketidakmampuan seseorang untuk mencerna gula laktosa yang boleh didapati dari produk tenusu dan susu, maka ini sahaja susu yang aku boleh minum. 


Tips elak sakit perut sebelum minum susu ialah pastikan setiap susu kotak tersebut ;  

Free
lactose
diary
gluten
cholesterol
artificial colours / flavours 

kalau sesiapa yang ada masalah sama, boleh la try cari susu kotak yang free lactose/diary seperti Susu Almond ini untuk menggelakkan ketidakselesaan pada perut anda. 

aku dah try susu lain-lain, memang jawabnya berkawan baik dengan tandas terus 😂